Pelakon Ramona Zamzam menganggap tindakan sesetengah selebriti dan pempengaruh yang tiba-tiba bersuara tentang isu Palestin selepas nama mereka tersenarai di #Blockout2024 sebagai tidak ikhlas.
Artikel berkaitan: ‘Rasa Bersyukur Pun Salah Juga Ke?’ – Dituduh Riak Bahagia, Ini Respon Ramona Zamzam
Artikel berkaitan: ‘Ada Yang Lagi Penting Dari Fikirkan Kena Tinggal Suami Sebab Dah ‘Longgar’ – Ramona Zamzam
‘Baru terhegeh-hegeh nak bersuara’
Menerusi hantaran di Instagram, Ramona memberitahu mereka sepatutnya sudah lama mengunakan platform yang ada untuk bersuara tentang isu tersebut.
Suka dengan apa yang saya nampak sekarang. Sesetengah daripada korang yang tak pernah post satu apa pun sekarang dah masuk senarai ‘blockout’ baru terhegeh-hegeh nak upload.
Tapi nak tahu tak, saya tak percayakan korang. Korang tak ikhlas, korang tak pernah peduli.
Takkan tertipu dengan korang punya last minute posting. Sekarang baru nak cakap pasal Gaza di mana sebelum ini korang sepatutnya menggunakan platform yang ada untuk bersuara tentang perkara ini.
Menurutnya, mereka yang mempunyai pengikut yang ramai ini lebih mementingkan wang dan populariti.
Oh well, bukan korang yang kena bunuh dan dibom. Yang korang kisah adalah duit dan populariti. Korang yang pencinta duit ni, korang tak akan menemukan cinta sejati.
Siapa yang kisah tentang anak-anak yang terbunuh eh! Living a good life idgaf they said.
Berbakat atau tidak, mari lihat kita lihat kejatuhan mereka.
Tunjuk solidariti dengan cara profesional
Dalam pada itu, Ramona menegur netizen untuk menunjukkan solidariti mereka dengan cara yang betul dan bukan bertindak secara tidak bermoral.
Dan netizen pun, tak payah la nak maki-maki, kecam-kecam di page mereka. Kalau korang betul-betul ikhlas dengan niat itu dan nak block mereka, lakukan secara profesional dan bertamadun.
Sama macam korang boycott Starbucks, tapi drive thru pergi prank orang yang kerja situ. Untuk apa? Korang sedar tak betapa bodohnya buat macam tu? Terpaling suci kah kau pergi kacau orang yang tengah kerja? Berlawanan dengan tujuan sebenar!
Sumber: Instagram