Petua nenek moyang diamalkan sebagai ikhtiar atau alternatif selain perubatan moden apabila berhadapan masalah kesihatan atau untuk memudahkan kehidupan sehari-harian. Walau bagaimanapun, kebanyakannya tidak mempunyai sebab saintifik dan hanya diamalkan kerana jadi ikut-ikutan.
Jika sebelum ini netizen heboh dengan mitos mandi malam sebenarnya tidak menyebabkan penyakit paru-paru berair, terbaru seorang doktor popular di media sosial Dr Ahmad Zakimi menegur satu lagi ‘petua’ mengarut untuk penyembuhan luka.
Mendapat perhatian netizen, dikongsi ratusan kali
Pospetua berkenaan dikongsi dalam satu page Facebook dan meraih ratusan perkongsian sekaligus mungkin membuatkan ramai yang keliru dan membahayakan jika ada yang mencubanya jika mengalami luka.
Akan dijangkiti kuman dan sebabkan iritasi kulit
Petua untuk luka cepat sembuh seorang doktor
Tidak mahu ketinggalan, netizen turut mencadangkan ‘petua’ versi mereka sendiri untuk merawat luka bagi mempercepat proses penyembuhan.
Cili kena tumbuk lumat, garam kena salut betul-betul
Letak sekali belacan tenyeh sampai lumat
Curah bahan ni sekali. Sedak boh!
Amalkan petua ni, sembuh takde kesan parut lagi
Jadi bagaimana? Kalau luka nanti bolehlah amalkan ‘petua-petua’ yang disarankan netizen ini. Semoga mujarab dan selamat mencuba!
Sumber: Dr Ahmad Zakimi , Giler Kentang