Sekeping foto pasti membawa sejuta makna tersirat dan terdapat rahsia disebaliknya. Foto seorang pelajar lelaki bersama beberapa ekor kerbau ini telah memenangi 20 gambar terbaik dunia sekali gus juara peringkat Asia.
Foto yang diambil yang diambil oleh Dallah Deen ini telah mendapat respon dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli dan menarik perhatian netizen.
Rahmah manusiawi dan haiyawani
Datuk Seri Dr Zulkifli menyifatkan foto-foto ini telah berjaya menzahirkan maksud mendalam hubungan antara seorang remaja lelaki dan kerbaunya. Mufti Wilayah Persekutuan juga rasa kagum dan terpana melihat hasil foto ini.
Tahniah & Syabas anakanda pelajar SMK Pdg. Midin, K. Terengganu.
Rasa kagum dan terpana ketika melihat gambar-gambar manusia dengan haiwan lebih-lebih lagi remaja dengan puluhan kerbau yang begitu akrab dan intim.
Perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani.
Rasai kedamaian
Sesungguhnya gambar yang bersifat kampungan dan alami mengingatkan usul asal orang kampung dan desa bersamanya sawah bendang, lembu kerbau dan pohon kayu yang menghijau melatari fitrah kemanusiaan bagi masyarakat kampung Melayu.
Rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat.
Tahniah dan syabas!
Sesungguhnya kehidupan dinilai dengan perasaan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagai tanda kebesaran ayat Tuhan dalam membina keluarga seperti yang termaktub dalam surah Ar-Rum ayat 21.
Tahniah sekali lagi kerana gambar yang membawa kepada kemenangan. Saya ucapkan Syabas & Tahniah!
Difahamkan foto pelajar lelaki ini diambil di Terengganu dan haiwan tersebut merupakan kerbau peliharaan ayahnya.
Foto Sharing Emotion
Foto ini dipilih untuk ASIAN Geographic dan diberi nama Sharing Emotion. Hasil visual yang penuh makna tersirat ini diambil oleh Mohd Nazri Sulaiman di Terengganu.
Disebalik tabir
Foto behind the scene ini dimuatnaik salah seorang penduduk di kampung tersebut. Foto ini ditinggalkan di ruangan komen status Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli.
Sumber: Dr Zulkifli