Walaupun hidup dalam dunia moden, masih ada manusia yang bersekongkol dengan jin dan syaitan untuk menunaikan hajat songsang mereka. Maka berlakulah santau, sihir, guna-guna dan paling biasa, pukau.
Pukau dilihat paling tidak bahaya namun dalam masa sama boleh menyebabkan mangsa kerugian beribu ringgit, malahan ada yang dicabul dan diperkosa angkaranya. Perkongsian seorang lelaki di Facebook mengenai pukau yang dialami di tengah-tengah keramaian menjadi bukti ilmu syaitan ini boleh terjadi di mana-mana.
Lengan kanan disentuh kuat lelaki berumur
Astagfirullahalazim …. saya hampir di pukau di KLIA2 , jam 630pm tadi , berhadapan KFC berhampiran pintu masuk ke Departure Hall .
Sehingga detik ini saya masih mengigil dan saya perlu hebahkan hal ini utk berkongsi.
630pm saya sedang berjalan menuju departure entrance , betul2 depan KFC, tiba2 lengan saya sebelah kanan di sentuh orang dengan agak kuat, dan ianya seorang lelaki agak berumur, details :
1. Lelaki dalam tinggi 5 kaki setengah
2. Umur lingkungan 50an
3. Seorang dan menarik Bag
4. Pakai baju t shirt dan blazer
5. Loghat Indonesia / sarawak
Rasa pening, blur, macam berjalan dalam air
Selepas pegang lengan saya , saya terus pandang dia dan dia terus cakap
“ Pak cik nak tggu kawan , kami nk ke Sabah “
Dan serta merta saya rasa pening , rasa macam blur dan saya rasa seperti berjalan dlm air, langkah semakin perlahan . Saya dapat rasa this is very wrong ( rasa mcm kena bius masa nak buat operation Perut dulu , rasa sejuk , rasa mcm tak dgr suara org lain, cuma dgr suara dia aja )
Anak haram tu terus cakap , mari kita berbual kat tepi sana , saya dapat rasa yang saya ikut dia sampai betul2 pintu nak masuk departure entrance .
Lupa al-Fatihah, ayat Kursi
Saya paksa diri saya dan fokus dan keep telling myself this is wrong this wrong this wrong . Saya tros lupa al fatihah , lupa ayatul Kursi .
Saya cuma paksa diri stay focus dan beristighfar dan tarik nafas dalam2 sebanyak mungkin .
Saya pandang muka org tua tu betul2 tepat pada mata dia dan bercakap dlm hati “Aku tau apa yg kau buat dan Cuma mampu sebut allahukakbar.”
Dan saya dapat rasa saya mcm terlerai dari sarang labah2 .
Menggigil dan rasa nak jatuh
Saya terus lari ke tempat printing ( ada kedai printing ) , saya masuk kat situ dan tros saya mengigil dan rasa nak jatuh . Staff di kedai printing tu tros suruh saya duduk dan bertenang, saya ckp apa yg terjadi, budak tu ckp abg kena pukau chekc brang2 abg.
Saya check dan Alhamdulilah, Allah maha besar melindungi saya dari musibah.
Saya nak buat report tapi saya boarding jam 710pm dan kesuntukan masa . Saya terus stop kan seorg polis wanita dan mencerita kan kpd beliau. Beliau mengambil sedikit details ringkas.
PESANAN SAYA :
Sekiranya anda travel sorg2 di airport hati2, saya rasa mereka ni akan attack org yg single traveller. Saya tak henti2 bersyukur kerana terlepas dari musibah itu . Syukur kerana saya mampu fokus dan kuat.
Sumber: Harry Lautner