berita

‘Rasa Macam Malaikat Nak Cabut Nyawa’ – Aril Pilus Kongsi Pengalaman Kena Anxiety Attack

March 12th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penyakit gangguan kebimbangan melampau atau lebih dikenali sebagai anxiety attack boleh saja berlaku kepada sesiapa pun tanpa mengira umur. Anxiety attack adalah salah satu penyakit gangguan perasaan yang boleh membawa kesan negatif kepada pemikiran dan tingkah laku seseorang.

Penyanyi dan penyampai radio iaitu Aril Pilus berkongsi perasaannya apabila pernah terkena serangan panik sejak beberapa bulan lalu lagi.

Banyak perkara fikir

Menerusi perkongsian dari Aril, dia mengakui dirinya terkena serangan panik yang menyebabkan dirinya berfikir banyak perkara dalam satu masa.

Time tu kau tiba sesak nafas, dada rasa sempit, adrenaline kau laju, jantung kau laju, rasa macam malaikat tu nak cabut nyawa kau masa tu juga!

Dia turut berkongsi masalah lain yang dipercayai menjadi faktor kepada serangan panik itu. Antaranya ialah tiada kerja untuk memperolehi pendapatan sampingan, pelbagai komitmen yang perlu dibayar setiap bulan dan termasuk perbelanjaan keluarga ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Tak nak korang rasa benda yang sama

Tangkap layar dari Gempak

Susulan itu, difahamkan Aril berjumpa dengan seorang sahabatnya yang mahir dalam perubatan chiropractic dan berbekam. Dia mula mendapatkan rawatan dari rakan tersebut dan dia dinasihatkan untuk bersenam dan melibatkan diri dengan gaya hidup yang sihat.

Kebetulan aku ada seorang sahabat yang pandai buat terapi tulang belakang, kira macam chiropractic juga dan berbekam. So aku pun buat treatment dengan dia. Dan dia cakap pergilah bersenam keluar peluh malas ni. Dah tua-tua ni, ternak lemak buat apa!

Then aku pun buat keputusan untuk tak nak makan ubat. Tapi bersenam, tujuan aku ikhlas cuma nak share pengalaman tak best kena anxiety attack ni. Dan tak nak korang rasa benda yang sama. Yang mana masih ada rezeki pekerjaan, pendapatan tetap, bersyukurlah dan hargailah, yang masih survive untuk terus hidup macam aku ni atau worst dari apa yang aku lalui. Aku doakan semoga Allah SWT limpahi rezeki yang Halal untuk korang semua. Jangan give up!

Akhir sekali, penyanyi ini turut mendoakan kesejahteraan semua pengikut dan meminta mereka mensyukuri sumber pendapatan yang masih diperolehi hingga hari ini.

Sumber: Gempak, Aril Pilus

SKIP THIS AD ×