Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan hubungan kekal hingga ke akhir hayat. Namun, ada juga pasangan yang melalui detik hitam apabila hubungan yang telah dibina gagal dipertengahan jalan. Ternyata bukan mudah untuk seseorang itu menerima semula pasangan mereka dek kerana detik hitam yang dilalui semasa berumah tangga.
Itulah luahan Farah Lee apabila ramai netizen menginginkan dia untuk kembali bersama pengacara, Ally Iskandar demi kebaikkan anak mereka. Farah melalui Instagramnya memberi tahu bukan mudah untuk mereka kembali semula kerana orang ramai tidak tahu tentang saat sukar yang telah dilaluinya semasa berkahwin.
Tak tahu apa yang dilaluinya
https://www.instagram.com/p/BdlmoCTlo9I/?hl=en&taken-by=farahlee_
Hantar anak ke sekolah bersama
https://www.youtube.com/watch?v=qPBHGXbVLf8
Desas-desus ini bermula apabila, Farah memuat naik sebuah video dia dan Ally Iskandar bersama-sama turun padang menghantar Maream ke sekolah. Di dalam video tersebut, mereka kelihatan mesra dan gembira melihat aksi anak mereka di sekolah. Perkara ini telah mendapat perhatian netizen dan mereka berharap agar Ally dan Farah dapat bersama semula demi kebaikkan anak-anak.
Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat kedua-dua pasangan ini. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh mereka haruslah kita hormati. Walaupun, tidak bersama lagi Admin percaya Ally boleh menjadi ayah yang terbaik untuk Maream.
Sumber: Farah Lee