
Pelakon Elfira mengakui berasa risau dan takut dengan penyakit ain selepas pernah mengalaminya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elfira Loy Diganggu Bunian Selepas Bergambar Dekat Pokok Buluh – ‘Mereka Mahu Jadikan Saya Puteri Mereka’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elfira Loy Sebak, Seru Orang Ramai Kuasai Ilmu Mandi Jenazah
Perkongsian Elfira
Menerusi podcast Sembang Seram, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, memberi pendapat tentang penyakit ain yang berpunca daripada perasaan hasad dengki seseorang.
Penyakit seram yang paling saya takut adalah penyakit ain. Dia tak buat apa-apa pun tetapi hanya rasa cemburu yang mendalam. Awak akan rasa sakit.
Dulu saya tak begitu percaya..bukanlah tidak percaya langsung tetapi saya lebih percaya kepada kuasa Allah. Saya tahu Allah ada untuk melindungi dan kita tak ada niat pun untuk menunjuk-nunjuk.
Tapi bila ada seseorang yang cemburu akan kita, kita boleh kena penyakit ain. Itu lebih seram sebab tak ada cara untuk ubati.
Kesan penyakit ain
Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun tersebut berkongsi pengalamannya ketika terkena penyakit ain sehingga menjejaskan aktiviti seharian serta perhubungan dengan suami.
Saya jadi malas, lemah, marah dan perhubungan dengan suami pun jadi tak seronok.
Tetapi bila saya sakit saya akan pergi berjumpa dengan orang yang tepat.
Menurut Elfira, cara terbaik untuk mengelakkan penyakit ain adalah dengan tidak terlalu mendedahkan rezeki yang dimiliki meskipun tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk.
Saya cuba elakkan untuk berkongsi cerita secara berlebihan dan kembalikan semuanya kepada Allah, semua Dia yang beri dan bukan daripada kita.
Sumber: TikTok Sembang Seram








