berita

‘Rasa Nak Simpan Gambar Tu, Simpanlah, Tapi..’ – Zul Ariffin Tak Kisah Peminat Simpan Gambar Panas

April 26th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Nama aktor sasa hangat diperkatakan apabila akaun Instagramnya didakwa memuatnaik gambar kemaluan lelaki di IG story. Zul bagaimanapun mengatakan dia telah digodam oleh penggodam yang hanya mahu mensensasikan keadaan namun tidak membuat sebarang laporan polis.

Gambar berkenaan dipadamkan tidak lama setelah disedari Zul namun netizen telah membuat screenshot dan menyebarkannya di Twitter.

Orang beri pandangan nakal

Zul berkata, dia tidak kisah jika gambarnya itu disimpan oleh peminat namun mengingatkan gambar kemaluan yang didakwa miliknya itu tidak senonoh.

Saya sedar foto itu sudah tular dan menjadi buah mulut ramai. Kalau mereka rasa nak simpan gambar itu, simpanlah. Tapi mereka harus sedar yang foto itu tidak senonoh.

Tak dinafikan, selepas gambar itu tersebar luas, orang mula memberi pandangan nakal pada saya. Pergi restoran pandu lalu pun, orang senyum. Tapi saya okay saja.

Tak tuduh sesiapa

Walaupun begitu, Zul tidak mahu bersikap serkap jarang dan menuduh mana-mana pihak atau sesiapa yang rapat dengannya.

Entah, saya tak mahu tuduh sesiapa tapi kebarangkaliannya ada. Apapun, saya sudah ‘move on’ (lupakan) dengan isu itu dan mahu lebih fokus kepada kerja.

Sebelum ini ada netizen menuduh bekas kekasih aktor itu, Zahirah Macwilson memuatnaik gambar berkenaan untuk mensabotaj.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×