berita

‘Rasa Sayang & Hormat Makin Bertambah Seiring Hari Yang Kita Lalui’- Nad Zainal

December 28th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pelakon terkenal, Nad Zainal menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat suami tercinta yang juga merupakan seorang pelakon, Ungku Ismail menerusi satu hantaran di Instagram.

Artikel Berkaitan: Sebulan Nikah Terus Hamil 6 Minggu, Ungku Ismail Kongsi Perjalanan Bunting Pelamin Nad Zainal – ‘Kami Tak Tunggu Bulan Madu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cepat Ucap Terima Kasih Dekat Suami Masing-Masing Yang Ringan Tulang & Sentiasa Beri Semangat Buat Isteri’ – Nad Zainal

‘Kini jadi abah’

Menerusi hantaran tersebut, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik gambarnya bersama suami dari awal perkenalan sehingga hari ini sambil menulis ucapan yang mengharukan di ruangan kapsyen.

Sebelum mendirikan rumah tangga, Nad mendedahkan bahawa dia sering menerima peringatan daripada orang sekeliling supaya berhati-hati ketika bekerja dengan Ungku Ismail.

Namun, pelakon berusia 33 itu tetap bersyukur kerana hubungan mereka yang bermula sebagai rakan sekerja bertukar menjadi suami isteri sehingga ke hari ini.

Assalamualaikum Ungku Ismail. ‘Semoga berjaya Nad kerja dengan Ungku tu’,  kata kata orang bila nak start kerja dengan dia tapi alhamdulillah…

Dari panggilan Ungku, berganti kepada awak, tukar kepada sayang dan kini jadi abah.

Pelakon drama ‘Dendam Seorang Isteri’ itu turut menyatakan bahawa rasa sayang dan hormat terhadap Ungku semakin bertambah setiap hari.

Dalam pada itu, Nad turut mendoakan semoga keluarga kecil mereka dapat menceriakan serta memberi ketenangan buat Ungku Ismail.

Selamat Hari Jadi Abah Puteh.. Semoga lebih banyak memori kita bersama. Semoga apa yang diimpikan tercapai.

Dari gambar -gambar ini dari hari pertama kenal awak sampai lah gambar terakhir.. yakni pagi ini… rasa sayang dan hormat makin bertambah seiring hari yang kita lalui…

Dah 38 tahun dah you. Semoga keluarga kecil ini dapat memberi keceriaan dan ketenangan buat awak sampai bila-bila. I LOVE YOU

Sekadar info, Nad mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan mereka baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 14 Oktober yang lalu.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.

Nad dan bekas suaminya itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×