berita

[VIDEO] ‘Cepat Ucap Terima Kasih Dekat Suami Masing-Masing Yang Ringan Tulang & Sentiasa Beri Semangat Buat Isteri’ – Nad Zainal

November 2nd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal dan suami, Ungku Ismail baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pertama mereka.

Artikel Berkaitan: Ungku Ismail Luah Rasa Syukur, Nad Zainal Selamat Bersalin Anak Lelaki – ‘Welcome My Son’

‘Terima kasih kepada suami’

@nad.zainal

terima kasih…. terima kasih….. kadangkala kita lupa nak berterima kasih kepada para suami yang memberikan layanan yang baik pada anak dan isteri.. terima kasih kepada suami dan bapa yang ringan tulang, dan sentiasa memberikan semangat buat isteri mereka dalam menempuh hari hari yang memenatkan… terima kasih ya… i love u ( tiberrr emosi ??…. ) cepat ucap terima kasih dekat suami masing masing

? Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama

Terbaharu, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi satu video memaparkan suaminya, Ungku Ismail yang sedang menukar lampin anaknya di TikTok.

Pelakon yang berusia 33 tahun itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua suami di luar sana yang membantu meringankan beban para isteri.

Terima kasih…. Terima kasih…..Kadangkala kita lupa nak berterima kasih kepada para suami yang memberikan layanan yang baik pada anak dan isteri..`

Terima kasih kepada suami dan bapa yang ringan tulang, dan sentiasa memberikan semangat buat isteri mereka dalam menempuh hari hari yang memenatkan…

Terima kasih ya… I love you ( tiberrr emosi…. ).

Dalam pada masa yang sama, pelakon drama ‘Dendam Seorang Isteri’ itu juga meminta agar peminatnya mengucapkan terima kasih kepada suami masing-masing.

Cepat ucap terima kasih dekat suami masing masing

Sekadar info, Nad mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan mereka baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 14 Oktober yang lalu.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.

Nad dan bekas suaminya itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia dua tahun.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×