berita

Rasa Seperti Diperhatikan? Awas! Bilik Korang Mungkin Ada Kamera Tersembunyi, Ini Tips Mengesannya

June 12th, 2019 | by Azizi Rahman
Kesihatan & Hidup Aktif

Kamera litar tertutup bertujuan untuk membanteras jenayah yang berlaku kerana semua kejadian bakal dirakam untuk dijadikan bahan bukti. Namun, penyalahgunaan kamera litar tertutup terutama dalam bilik hotel mahupun di bilik persalinan baju serta tandas mampu memberi kesan kepada seseorang yang menjadi mangsa si perakam.

Berdasarkan WikiHow, terdapat beberapa cara untuk mengesan kewujudan kamera litar tertutup di sekitar korang yang berkemungkinan merakam setiap gerak geri. Korang boleh cuba tips ini supaya rasa lebih selamat.

Kenal pasti kawasan yang bakal dirakam

Korang perlu tahu dimana untuk mencarinya. Kebiasaanya, saiz kamera tersembunyi sekecil pen sehinggakan ianya mudah untuk disembunyikan di mana sahaja. Walaupun kamera sering dapat disembunyikan, namun lens pada kamera masih boleh kelihatan.

Kenal pasti kawasan yang sering menjadi tumpuan si perakam seperti di bilik tidur dan bilik air. Apabila korang ingin mencari kamera tersembunyi, cari di tempat pengesan asap, jam, almari dan kawasan sekitarnya.

Perhatikan hiasan yang mencurigakan

Perhatikan perhiasan sekitar korang dan periksa satu persatu hiasan di dalam bilik bagi memastikan ianya bebas dari kamera tersembunyi. Zaman sekarang kamera boleh berada di mana-mana termasuk di cemin, bingkai gambar, penyangkut baju dan jam.

Padamkan segala lampu

Padamkan segala lampu yang ada di dalam bilik dan perhatikan jika ada terlihat lampu merah ataupun hijau yang berkelip-kelip. Jika kamera itu dipasang oleh orang yang tidak professional, lampu berkelip itu mudah dilihat menggunakan mata kasar.

Gunakan pengesan gelombang radio (rf)

Selain itu, korang juga boleh menggunakan pengesan gelombang radio (RF) bagi mengetahui di mana kedudukan kamera yang disembunyikan. Kebiasaanya kamera tersebunyi dipasang tanpa wayar dan hanya menggunakan jaringan internet untuk berhubung. Alat ini bantu mengesan gelombang yang dihantar melalui kamera tersebunyi itu.

Guna kamera telefon bimbit

Guna kamera hadapan telefon bimbit korang untuk mengesan lampu infra-merah di sekitar bilik. Korang boleh cuba menguji sama ada kamera hadapan telefon bimbit mampu mengesan lampu infra-merah dengan mengacukan alat kawalan jauh televisyen korang ke kamera telefon.

Jika kamera hadapan korang dapat mengesan lampu infra-merah alat kawalan jauh tersebut, bermakna kamera telefon bimbit anda mampu untuk mengesan kamera yang tersembunyi. Pusingkan kamera hadapan telefon bimbit korang ke sekitar kawasan bilik bagi memeriksa sama ada bilik tersebut mempunyai kamera tersembunyi ataupun tidak.

Sumber: WikiHow

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×