berita

‘Rasanya Dah Boleh Stop Permainan Ini’ – Ude Wahid

May 25th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini Ude Wahid telah menegur bekas isterinya, Intan Salleh yang telah memuat naik status mengaitkan anak mereka di laman sosial. Malah, Ude Wahid mendakwa status berbaur simpati itu akan mengundang unsur negatif masyarakat terhadap dirinya.

Dah banyak kali tegur

Status ini telah dimuat naik Ude Wahid di laman Instagram miliknya tempoh hari. Bagaimanapun, dia terpaksa menegur tindakan bekas isterinya itu biarpun sudah beberapa kali ditegur secara baik. Malah, teguran secara terbuka itu mungkin dapat membuatkan Intan Salleh lebih memahami akan kebaikan kepada semua pihak.

Tak payah nak maki

Ude Wahid turut meminta masyarakat untuk berhenti dari mencaci dan hina dirinya. Walaubagaimanapun, status berkenaan telah dipadam selepas hampir sejam dimuat naik menerusi Instagram peribadi Ude Wahid.

Sumber: Ude Wahid, mStar Online

SKIP THIS AD ×