berita

‘Banyak Pihak Memilih Untuk Menghukum Sebelum Menilai’ – Tauke Nak Ambil Tindakan Undang-Undang

August 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tauke

Sebelum ini, nama pelawak Tauke menjadi bualan hangat netizen apabila dia didakwa terlibat dalam kes pemerdagangan manusia. Tauke bagaimanapun, menjelaskan dirinya telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan dan kerjasama yang penuh telah diberikan sepanjang sesi itu berlangsung.

Artikel Berkaitan: ‘Cuma Ada Rambutan Gading & Setangkai Petai’ – Tauke Nafi Bawa Peralatan Seks

Artikel Berkaitan: ‘Kepada Yang Masih Tak Puas Hati, Memang Aku Ditahan Untuk Bantu Siasatan…’ – Tauke

Artikel Berkaitan: Pelawak Terkenal Ditahan Reman Kes Pemerdagangan Manusia

Mahu ambil tindakan

Foto: Tauke

Terbaru, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria menerusi satu hantaran di Igstory menjelaskan dia bakal mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang sebelum ini bertindak mencemarkan nama baiknya.

Harap maklum kepada semua, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak peguam saya susulan daripada pelbagai kenyataan tidak berasas, fitnah, cacian serta penyebaran berita palsu berkaitan dengan saya baru-baru ini.

Ujar pelawak berusia 45 tahun ini, kerjasama penuh yang telah diberikan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Pada masa yang sama, Tauke turut berharap agar tindakan undang-undang yang diambil secara tidak langsung dapat membendung masyarakat daripada terus menyebarkan berita palsu.

Kerjasama yang telah saya berikan kepada pihak PDRM telah disalah anggap dan banyak pihak telah memilih untuk menghukum sebelum menilai.

Saya berharap melalui tindakan undang-undang ini dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial yang menjadi norma di kalangan masyarakat kini. Sekian.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak lelaki telah ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks yang berlaku di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Igstory

 

Sumber: Tauke

SKIP THIS AD ×