berita

Ratu Rock Negara, Ella Hamil Anak Pertama?

October 24th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

9df4927c4dbc419b823e6b1ddb5abc55

Jika beberapa hari lepas peminat industri hiburan mendapat tahu Liyana Jasmay telah hamil dua bulan, namun semalam timbul pula perkhabaran baru mengatakan Ella Aminuddin juga sedang hamil.

Berita itu mula menjadi perbualan apabila terdapat beberapa pengikut Ella di laman Instagram mengucapkan tahniah di atas kehamilannya menerusi salah satu foto yang dikongsikan.

Screen Shot 2013-10-23 at 17.37.42

Bagaimanapun setakat ini masih tiada sebarang kepastian atau kenyataan yang keluar dari mulut Ella sendiri.

Jika benar seperti apa yang dikatakan, tahniah diucapkan. Pastinya Ella dan suami merupakan orang yang paling gembira kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan anda, Ella dan suaminya, Azhar selamat diijabkabulkan pada bulan Julai 2012 ketika berusia 46 tahun.

Namun seperkara yang pasti, kecantikan penyanyi ini langsung tidak dimamah usia. Lihat sahaja foto-foto di bawah kalau tak percaya.

SKIP THIS AD ×