berita

Apa Kaitan Doktor Gigi Dengan Kemalangan Kapal Terbang?

August 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berikutan nahas pesawat terhempas di Elmina, baru-baru ini, seorang doktor gigi tampil menjelaskan tugas mereka berikutan insiden tersebut.

Artikel Berkaitan: Tolong Henti Buat Spekulasi! Bekas Isteri Juruterbang Minta Netizen Hormat Perasaan Anak & Keluarga

Artikel Berkaitan: Juruterbang Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Dah 4 Tahun Menduda, Bapa Akan Jaga Tiga Cucu

Artikel Berkaitan:Mungkin Dia Sudah Rasa Hendak Pergi Meninggalkan Kami’

Artikel Berkaitan:‘Patut La Sedih Sangat, Rupanya Adik Sepupu Sendiri’

Apa tugas doktor gigi?

Ada apa kaitan doktor gigi dengan kemalangan kapal terbang? Kita dikejutkan dengan kemalangan kapal terbang baru- baru ini. Dalam mana kita bersimpati, ada pasukan khas yang bertungkus lumus dibelakang tabir. Tapi ada juga doktor gigi yang dipanggil? Apa tugas mereka?

Menurut Dr Ibshah, terdapat satu bidang khas pergigian yang mengecam bahan bukti dan sisa pergigian berhubung kes seperti yang berlaku di Elmina, Lahad Datu dan MH17. Ujar Dr Ibshah, tiada dua orang mempunyai set gigi yang sama.

Gigi anda seunik cap jari anda sendiri. Bila bencana melanda, rekod pergigian penting dalam membantu penyiasatan. Ciri pergigian yang unik, tampalan gigi, dan rawatan pergigian boleh menjadi kunci pengenalan mayat.

Tambah Dr Ibshah, apabila mayat terjejas teruk akibat impak, letupan dan kebakaran rekod pergigian dapat diambil kerana gigi dilitupi enamel, iaitu bahan yang paling keras dlm badan manusia. Dengan kekuatan daya tekanan sehingga 13000kg, gigi juga boleh bertahan dalam suhu ekstrem, sehingga 1,600°C.

Ahli forensik pergigian bersama pasukan lain seperti polis didalam Disaster Victim Identification (DVI), mencari bukti pergigian bagi mengenalpasti mayat. To give a name to an unrecognisable body. Penting supaya mereka boleh diberi penghormatan terakhir oleh keluarga masing-masing.

Berbicara lebih lanjut, selain pengesahan mayat pakar forensik pergigian juga boleh mengenalpasti bentuk gigitan dalam kes kes trauma ,mengagak umur mangsa, membantu dalam postmortem dan juga boleh memberi keterangan profesional di mahkamah.

Jadi apa peranan semua Dr Gigi yang lain? Sentiasa menyimpan rekod (charting, radiographs, study model) secara lengkap dan terperinci. Sedia dikongsi kepada team DVI yang sah bila diperlukan. Peranan masyarakat? rawatan pergigian berkala penting untuk kesihatan oral dan rekod anda.

Sumber: Dr Ibshah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×