berita

Raya Dalam Normal Baru Satu Cabaran? Lihat Bagaimana Rakyat Malaysia Menyambut Syawal Tahun Ni!

May 27th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Hari raya merupakan hari yang paling dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Maklumlah, nak raikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Tapi, tahun ini Aidilfitri terasa begitu berbeza sekali. Ramai anak perantauan tak dapat pulang beraya di kampung. Malah, persiapan raya pun ala kadar je.

Drama berebut cuti raya di pejabat atau pasangan suami isteri bertukar giliran pulang beraya pun takde. Tapi, korang janganlah terbawa-bawa sangat dengan perasaan sedih tu. Sebab masa inilah korang boleh cuba sesuatu yang baru bagi mencipta pengalaman raya sekali seumpanya. Cuba tengok macam mana rakyat Malaysia sambut raya tahun ni!

1. Bacaan takbir raya di rumah bersama keluarga & teman!

https://www.facebook.com/syuaib.syuib/videos/3096566607031334

Kredit: Syuaib Yusof

Kredit: Harian Metro

Kebiasaannya takbir dan sembahyang raya dilakukan di masjid. Tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama ahli keluarga atau rakan-rakan bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan bacaan takbir raya dari rumah.

2. Master chef lebaran

Kredit: Nabila Tulos

Kredit:Asyraf Khalib

Kalau selalunya juadah pagi raya disediakan bersama-sama ahli keluarga atau air tangan ibu, kali ni ramai berkongsikan bagaimana mereka memasak sendiri juadah untuk hari raya. Siap minta resipi mak kat kampung lagi. Yang penting raya!

3. Hiasan raya ala PKP. Asal boleh!

Jika selalunya menyambut hari raya, lampu kelap kelip dan pelita menjadi hiasan wajib di kampung halaman. Namun bagi mereka tidak dapat pulang, hiasan raya lebih kepada lampu berwarna-warni yang dipasang di kawasan rumah atau bilik.

Walaupun persiapan ala kadar, cukup untuk meraikan Syawal yang tiba. Siapa cakap tak boleh balik kampung, tak boleh raya?

4. Sambutan raya normal baru. Pergh, nenek pun tech savvy !

Kredit: Hanis Ramlan

Tak dapat berkumpul bersama? Masa inilah korang kena manfaatkan teknologi untuk kekal berhubung. Barulah boleh mengeratkan hubungan silaturrahim. Comelnya video call ramai-ramai dengan saudara-mara, terasa macam suasana kat kampung bila semua berkumpul.

5. Van Jabatan Penerangan ‘ceriakan’ mereka yang tak dapat pulang beraya!

https://www.facebook.com/muhd.shafiqii.94/posts/3208161629248660

Kredit: Viral Meletop

Kalau tinggal di taman perumahan dan kampung, korang mungkin pernah nampak van yang bertugas menghebahkan maklumat ni. Tapi akhir-akhir ni, viral bila van penerangan memasang lagu raya melalui pembesar suaranya. Lagu yang dipilih pun syahdu je :(

6.Famili buat video TikTok? Sportingnya!

https://www.instagram.com/p/CAbkI7mBNeO/

Haa.. Ni kami rasa paling comel. Ayah turut sama buat video TikTok, mesti seronok bila tengok balik. Lagi-lagi kalau ada mak ayah dengan adik beradik semua. Memang masuk air terus jadinya!

Cipta kenangan manis dengan #RayaTetapCeria challenge bersama Axiata & Celcom!

Memandangkan ramai juga yang tak pulang beraya tahun ni, kami tengok banyak video-video kreatif yang dimuat naik di media sosial dan platform TikTok. Tak ketinggalan yang buat challenge #RayaTetapCeria, macam-macam gaya ada!

https://www.facebook.com/axiata/videos/634671080460176/

Serlahkan kreativiti korang dengan #RayaTetapCeria challenge!

Kalau korang nak tau, challenge #RayaTetapCeria ni merupakan idea kreatif daripada Axiata dan Celcom untuk korang meraikan hari raya dengan lebih gembira walaupun terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga tercinta.

Mesti seronok kalau ajak famili untuk sertai challenge #RayaTetapCeria ni. Bolehlah korang buat video giler-giler untuk dijadikan kenangan. Jangan lupa letakkan #RayaTetapCeria kalau muat naik video korang di platform TikTok atau media sosial. Barulah kemeriahan Aidilfitiri norma baharu dapat dikongsi bersama!

Axiata dan Celcom ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfiti Maaf Zahir dan Batin.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×