berita

Raya Patuh SOP: Buat ‘Self Test’ & 4 Perkara Ini Sebelum Korang Pergi Beraya Tahun Ini

March 14th, 2022 | by AnisAffandi
Shout Out!

raya 2022

Nampaknya kali ini rakyat Malaysia dah boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung setelah dua tahun terpaksa beraya sendirian bagi mengekang penularan virus Covid-19. Namun, orang ramai diingatkan supaya tetap mematuhi SOP walaupun negara sedang berada dalam fasa peralihan endemik.

Bagi persediaan menyambut Hari Raya kali ini, anda disarankan membuat buat lima perkara ini sebelum dan semasa pergi beraya.

Baca juga: Kenapa Ujian RTK-AG Kejap Positif Kejap Negaftif? Ini Cara Betul Baca Keputusan

Buat self test sebelum beraya

Sebelum pulang ke kampung halaman, anda semua dinasihatkan membuat penilaian kendiri (self test) bagi memastikan diri benar-benar bebas Covid-19. Test kit ini boleh didapati di farmasi dan secara atas talian serendah RM5 sahaja. Anda disarankan membeli test kit secara pukal sebagai persediaan.

Buat self test secara kerap walaupun anda telah berada di kampung. Kalau boleh lakukan setiap hari demi keselamatan keluarga dan sanak saudara ketika beraya.

Face mask on!

Walaupun negara sedang berada di fasa peralihan endemik, pemakaian pelitup muka (face mask) masih diwajibkan di semua tempat terbuka.

Jadi, sebelum keluar beraya pastikan anda mempunyai face mask yang mencukupi dan letakkan di dalam beg supaya tak terlupa. Sentiasa pakai face mask walau di mana anda berada. Hanya tanggalkan face mask ketika ingin menikmati juadah Hari Raya.

Jangan lupa sanitize

Penggunaan (hand sanitizer) atau apa-apa sahaja bahan pembasmi kuman sudah menjadi kewajipan ketika ini. Apabila menyentuh apa-apa sahaja permukaan yang terdedah, pastikan anda membersihkan semula tangan menggunakan hand sanitizer. Bila pergi beraya tu, jangan lupa bawa juga hand sanitizer untuk kita basmi segala jenis kuman.

Beli hand sanitizer mini yang boleh mudah dibawa untuk kegunaan anda semasa beraya. Tuan rumah mungkin takkan sediakan hand sanitizer ni tau!

Jangan berkumpul ‘sekampung’!

Walaupun berada dalam fasa peralihan endemik dan banyak kelonggaran SOP telah diwartakan oleh kerajaan, orang ramai masih diingatkan untuk menjaga diri dengan mengamalkan SOP yang ditetapkan.

Demi keselamatan, elakkan berkumpul dalam keadaan yang terlalu ramai ketika beraya nanti! Kalau boleh, pastikan ada had untuk tetamu datang ke rumah pada waktu yang tertentu. Sebaiknya tuan rumah boleh membuat jadual dan merancang kehadiran tetamu mengikut masa yang ditetapkan. Bukan susah pun, buat je hebahan menerusi kumpulan Whatsapp keluarga dan bertanya waktu mereka ingin hadir beraya.

Jangan lupa QR code MySejahtera

Bukan sahaja masuk ke pusat membeli-belah atau restoran yang kena ‘check-in’ MySejahtera, pergi beraya pun disarankan ‘check-in’ terlebih dahulu. Justeru, tuan rumah diminta menyediakan kod QR MySejahtera di rumah sebagai persediaan menyambut tetamu. Jadi jika ada apa-apa yang berlaku seperti tetamu yang hadir dijangkiti Covid-19, mudah untuk mengesan senarai kehadiran tetamu pada masa tertentu.

SKIP THIS AD ×