Saban tahun menjelang hari raya, pelbagai rancangan menarik disediakan oleh stesen televisyen tempatan untuk tontonan penonton setia. Pendek kata, dari malam raya sehinggalah sebulan Syawal, sarat dengan program raya menarik!
Jangan sedih tak boleh balik beraya! Hari raya korang tahun ini tetap akan ditemani dengan pelbagai program menarik yang disediakan TV3.
1. Havoc Nak Raya
Program Havoc Nak Raya akan menemui anda pada malam raya iaitu 23 Mac 2020, jam 9.00 malam. Rancangan ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Awal Ashaari.
Havoc Nak Raya adalah sebuah program talk show berkongsi persiapan sambutan Syawal daripada artis undangan. Penonton juga turut disajikan dengan persembahan muzikal, tawaran raya eksklusif dan lelongan selebriti. Sudah pasti ada banyak barang yang nak dilelongkan. Tak sabarnya…
2. Studio Drama Sangat Raya
Studio Drama Sangat Raya dikendalikan pengacara Janna Nick dan Issey. Program ini turut dimeriahkan dengan artis undangan seperti Amyra Rosli dan Amar Baharin, Aiman Tino, Azlee Khairi dan Ungku ismail.
Selain berkongsi mengenai drama yang dilakonkan mereka, turut terdapat permainan yang seronok sebagai selingan hiburan. Program ini akan menemui anda pada malam raya 23 Mac 2020, jam 11.00 malam hingga 12.00 pagi.
3. Melodi Raya
Manakala Melodi Raya bagi tahun ini dihangatkan dengan pengacara tetap iaitu Janna Nick dan Awal Ashaari. Sejajar dengan konsep ‘Rumah Terbuka’, Melodi Raya bakal menghimpunkan artis tanah air berkongsi cerita dan sudah tentunya gosip hangat.
Melodi Raya akan temui anda pada raya pertama iaitu 24 Mac 2020 dan raya kelapan, 31 Mac 2020 bermula jam 12.00 tengah hari.
4. I Can See Your Voice Malaysia Edisi Raya
Siapa di sini peminat ICSYVM? Pasti anda tidak sabar nak saksikan edisi raya bersama artis undangan Ramlah Ram. Bukan itu sahaja, ramai juga tidak sabar nak melihat gelagat kelakar Jihan Muse, Mark Adam dan Yusry Abdul Halim membuat ramalan mereka.
Juri undangan pula, kami bawakan pasangan suami isteri iaitu Scha Al Yahya dan Awal Ashaari. Pastikan temujanji anda bersama ICSYVM pada raya kelapan 31 Mac 2020, jam 9.00 malam.
5. Senang Terhibur Extra
Senang Terhibur Extra antara program hiburan yang menjadi kesukaan ramai. Dengan kemunculan gadingan Fara Fauzana, Izzue Islam dan Shuib pasti membuatkan anda tak kering gusi!
Program ini menampilkan pelbagai persembahan menarik dari artis undangan sebagai peserta. Ada juga aktiviti menarik seperti permainan dan komedi yang pastinya mencuit hati. Senang Terhibur Extra akan menemui anda pada raya kelapan, 31 Mac 2020 jam 10.30 malam.
Jadi, tiada lagi kebosanan yang melanda pada Syawal ini. Sebabnya, program-program menarik ini akan menemani dan menghiburkan anda di rumah. Semua rancangan yang disenaraikan tadi boleh ditonton terus di Youtube TV3 Malaysia! Sudah tentu raya anda tidak bosan lagi.