Pelakon Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur dan teruja apabila adiknya, Raysha Rizrose selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Raysha Rizrose Akui Berbeza Sambut Bulan Ramadan Bersama Suami – ‘Waktu Bujang Ada Keluarga Tolong’
Artikel Berkaitan: Raysha Rizrose Tawakal Pada Allah, Tak Pakai ‘Bodyguard’ Hanya Ditemani Pembantu
‘Kami sangat bertuah memiliki awak’
Berita gembira itu dikongsikan oleh Nelydia menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGs) miliknya.
Adik yang selalu ikut ke mana-mana dan bergaduh bersama sebelum ini sudah melahirkan seorang bayi.
Alhamdulillah atas segala nikmat yang kami sekeluarga terima ini. Semoga Allah sentiasa menghujani keluarga ini dengan penuh barakah dan penuh kasih sayang.
Selain gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga, Nelydia juga percaya bahawa Raysha atau nama lengkapnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, dan suami, Nabil Jeffri mampu menjadi ibu bapa yang terbaik dan bertanggungjawab.
Kami sangat gembira terhadap Dada (Raysha) dan Nabil. Kami tahu kalian akan menjadi ibu bapa yang baik kepada ‘Baby R’ (panggilan nama bayi).
Baby R, awak sangat disayangi dan kami sangat bertuah memiliki awak. Semoga awak membesar dengan sihat, cantik dan kuat seperti ibu awak.
Sementara itu, aktres Uqasha Senrose juga menzahirkan ucapan tahniah kepada adik perempuannya itu atas kehadiran zuriat pertamanya bersama suami.
MasyaAllah, tak percaya awak dah jadi seorang ‘mama’ sekarang, adik. Awak akan sentiasa menjadi adik saya selamanya. Sayang dada dan tahniah Nabil dah jadi baba.
Terdahulu, Raysha mengumumkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan menerusi majlis gender reveal yang diadakan pasangan berkenaan, awal Oktober lalu.
Untuk rekod, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari tahun lalu selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Nelydia Senrose, Uqasha Senrose