Pelakon, Raysha Rizrose yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama seorang pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri mengakui tidak akan menolak rezeki jika dikurniakan zuriat.
Artikel Berkaitan: Raysha Rizrose Sah Jadi Isteri Pelumba Kereta F3
Artikel Berkaitan: Sudah Bertunang 22 Disember Lalu, Raysha Rizrose Bakal Tamat Zaman Bujang Tidak Lama Lagi
Ketentuan Ilahi
Memetik laporan Media Hiburan, pelakon berusia 26 tahun ini dan suaminya percaya dengan rezeki dan ketentuan Ilahi. Bukan itu sahaja, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pada 22 Februari lalu ini menjelaskan belum mempunyai perancangan bagi destinasi bulan madu.
Soal cahaya mata, baik saya mahupun suami tidak meletakkan ketetapan, Bagi kami perihal anak ini, In Shaa Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya. Begitu juga dengan perancangan bulan madu, memang belum ada lagi saat ini.
Banyak komitmen dan kerja yang saya perlu selesaikan selepas kahwin, Malah sebelum majlis pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang.
Dalam pada itu, bekas Dewi Remaja 2015 ini mengakui akan lebih selektif memilih projek yang sesuai dengan statusnya meskipun suami memberi sokongan penuh terhadap kerjayanya.
Sumber: Media Hiburan