berita

Rayuan Ditolak, Wanita Dera Amah 4 Tahun Lalu Akhirnya Dipenjara 8 Tahun

September 25th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Artikel Berkaitan : ‘Terima Kasih Dengar Rintihan Netizen’ – Kes Dera Amah, Rozita Kena Penjara 8 Tahun

Terbaru, mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan akhir hukuman wanita tersebut dan menetapkan hukuman penjara lapan tahun bermula semalam.

Dera teruk amah

Sebelum ini, isu seorang datin pernah menjadi berita tergempar negara kerana beliau mendera pembantu rumahnya sehingga menyebabkan kecederaan teruk. Mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang di kawasan perumahan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya oleh pengawal keselamatan.

Malah Rozita turut didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju. Hal itu menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati dan beliau telah ditahan di penjara Kajang selama kira-kira dua bulan selepas mengaku bersalah.

Rozita ucap terima kasih

Pada 29 Mac 2018, pihak mahkamah telah memutuskan Rozita dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun, selain membayar jaminan RM20,000. Namun, permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara terhadapnya. Ia berikutan Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhir tertuduh, Rozita Mohamad Ali, 46, terhadap semakan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Tinggi pada 29 Mac 2018 selepas membuat semakan.

Rozita kelihatan tenang selepas panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama-sama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Nordin Hassan sebulat suara menolak rayuan berkenaan. Selepas prosiding, Rozita menyatakan sesuatu dan mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya yang diketuai Mohamed Haniff Khatri Abdulla sebelum diiringi anggota polis ke bilik lokap untuk dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman.

Rayuan ditolak

Dalam penghakimannya, menurut Kamaludin, selepas menghalusi hujahan kedua belah pihak, mahkamah berpuas hati rayuan perayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjalankan kuasa semakan mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah, tidak mempunyai merit.

Hukuman dikenakan Mahkamah Tinggi adalah mengikut trend, malah terdapat hukuman lebih tinggi yang pernah dikenakan dalam kes lain. Oleh itu, dengan mengambil kira hukuman mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan adalah penjara selama 20 tahun, rayuan perayu dengan ini ditolak dan keputusan akhir Mahkamah Tinggi dikekalkan.

Rayuan pendakwaan untuk menambah lagi hukuman ke atas perayu juga ditolak. Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron.

Mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya (yang mengenakan bon berkelakuan baik lima tahun dengan jaminan RM20,000) dengan alasan sama ada hukuman berkenaan adalah wajar atau sebaliknya.

Sumber : Berita Harian

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×