Viral di media sosial gambar Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil, Razman Zakaria bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali sedang makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong semasa tempoh arahan PKP.
Perkara ini telah mendapat perhatian Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.
Mohon maaf secara terbuka
Di Facebook, Razman Zakaria memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan setiap hari beliau bergerak untuk membantu frontliners.
Mohon maaf secara terbuka dari saya kepada seluruh rakyat
Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku. Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu fronliners, Alhamdulillah dapat membantu serta merta sebarang kekurangan peralatan yang dihadapi frontlines terutama kepada petugas kesihatan.
Setiap malam petugas kami menghantar makanan bermasak kepada petugas sekatan jalanraya disekitar Bagan Serai khususnya. Sebagai contoh jika kita tidak turun padang mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalanraya amat mendesak.
Dalam setiap tindakan, kami amat titik beratkan perihal SOP dan sekiranya ada tindakan kami yang dilihat melanggar SOP InshaAllah kami akan atasi.
Marilah bersama kita terus berdoa moga ujian Covid-19 ini dapat meningkatkan iman dan bertambah sayang kita rakyat Malaysia dengan kerajaan Perikatan Nasional ini.
Sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih rakyat Malaysia, saya sayang anda semua.
Ikhlas dari
YB Haji Razman Zakaria
Sinar Harian melaporkan, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah, Muhammad Rif’aat Razman memaklumkan dia akan memberi keterangan kepada pihak polis mengenai gambar viral tersebut. Katanya, Dr Noor Azmi dan pengiring ke pusat tahfiz menunaikan solat asar dan makan sebentar kerana tidak sempat makan tengah hari.
Esok saya dan Baba dipanggil ke IPD Gerik untuk beri keterangan mengenai laporan yang dibuat mengenai Timbalan Menteri dan pengiringnya singgah solat dan makan (petang lepas asar baru makan tengah hari) di maahad tahfiz kami. Sambil depa singgah maahad, ada la disampaikan sumbangan kepada orang kampung.
Singgah solat, makan dan sampaikan sumbangan je, sebenarnya tiada isu besar pun. Tak pasal-pasal maahad tahfiz kami dapat publisiti percuma masuk berita dan tular meluas.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dalam satu kenyataan berkata akan mengambil keterangan daripada exco dan beberapa individu yang terlibat.
Sumber : Razman Zakaria , Sinar Harian