berita

Realisasi Kempen #KitaJagaKita, Ejen Ali Perkenalkan Produk Baharu

September 17th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Shout Out!

Sebut sahaja mengenai kartun animasi Ejen Ali siapa sahaja yang tidak minat kan? Mempunyai peranan tersendiri dalam menyelesaikan misi, Ejen Ali sememangnya menjadi salah satu kegemaran kanak-kanak di Malaysia.

Terbaru Primeworks Studios dan WAU Animation melancarkan kempen #KitaJagaKita buat para peminat filem animasi nombor satu ini. Kempen tersebut bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September 2020.

Kempen #KitaJagaKita

Kami merasa bangga kerana slogan #KitaJagaKita kini dikenali dan menjadi sebutan ramai. ‘Kita Jaga Kita’ ini sebenarnya merupakan petikan lagu tema dalam filem EJEN ALI The Movie, dinyanyikan oleh Altimet dan Malik Abdullah yang mana lagu ini adalah pembakar semangat juang EJEN ALI dan rakan-rakan ejennya. Kami gembira apabila slogan ‘Kita Jaga Kita’ menjadi ikutan ramai dan  merasakan mesej ini sesuai  dengan usaha untuk mendukung ekonomi negara yang terkesan akibat COVID19, dengan menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong produk keluaran nasional.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, mereka berbangga kerana slogan di dalam petikan lagu filem Ejen Ali The Movie iaitu #KitaJagaKita kini menjadi sebutan ramai.

Dilaporkan, kempen ini mempunyai signifikan yang tersendiri apabila menjadi kempen Ejen Ali pertama yang dihasilkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Covid-19.

Menerusi kempen #KitaJagaKita ini, pihak produksi telah melancarkan video muzik versi terbaharu ‘Kita Jaga Kita’ yang dinyanyikan oleh Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah. Video muzik ini ditayangkan menerusi platform YouTube rasmi Ejen Ali.

Bagi memenuhi kempen #KitaJagaKita, Ejen Ali turut memperkenalkan 3 rangkaian produk terbaharu yang bersesuaian dengan norma baharu rakyat Malaysia.

Pakej produk baharu diperkenalkan

Ejen Ali Misi : Bootcamp, terdiri daripada set tiga papan permainan yang  iaitu Squad Race, Ejen VS Droids dan Gadget Assembly. Set ini boleh dibeli bermula 9 September dengan harga RM 39.90 di spmgames.com.myToys R Us, kedai buku utama (MPH dan Popular), Lazada, Shopee dan Ejen Ali Gears di gear.wau.my

Untuk tempoh terhad bermula dari 9 sehingga 20 September ini, anda berpeluang mendapatkan set papan permainan ini dengan harga promosi RM29.90 ditawarkan untuk pembelian secara atas talian menerusi spmgames.com.myLazada dan Shopee.

Permainan kad Ejen Ali Misi : Alliance boleh dibeli dengan harga RM 3.80 bagi setiap pek yang mengandungi 6 kad koleksi permainan. Kad ini juga boleh dibeli melalui Lazada, Shoppe dan Ejen Ali Gears di gear.wau.my. Pembeli juga tidak perlu risau kerana kad permainan ini akan turut berada di rak 7-Eleven dan MyNews pada waktu yang terdekat.

Mereka juga boleh menyertai kumpulan di Facebook untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara permainan ini menerusi laman sesawang https://www.facebook.com/groups/ejenalimisialliance/.

Komik terbaharu Ejen Ali: Side Mission boleh didapati di kedai buku utama seperti MPH, Popular, Syarikat Muda Osman atau melalaui platform Lazada, Shoppe dan Ejen Ali Gears di gear.wau.my.

Komik lukisan tangan ini boleh dibeli dengan harga RM 17.90 dan ia berkisahkan mengenai misi-misi mini yang dijalankan oleh Ejen Ali dan misi terbaharu yang bakal bermula.

Anda juga boleh mengikuti Facebook, Instagram dan Twitter Ejen Ali untuk mendapatkan info-info yang terkini.

Sama-sama kita putuskan rangkaian Covid-19 #KitaJagaKita #KitaMestiMenang dan menyokong hasil buatan tempatan.