berita

Rebut Harta Punya Pasal, Lelaki Sanggup Langgar & Tetak Ahli Keluarga Sebelum Bunuh Diri

May 22nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Didakwa berpunca dari perebutan harta pusaka, sepasang suami isteri warga emas hampir maut selepas dilanggar dan ditetak oleh seorang ahli keluarganya sendiri. Menurut laporan Berita Harian, orang ramai telah menemui mangsa yang terbaring berlumuran darah di hadapan Kuil Gudwara Sahib, Kampung Chuang Rasa Selangor.

Langgar dan tetak

Menurut seorang saksi, ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal sebelum dilanggar sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam. Sejurus selepas melanggar mangsa, pemandu kereta keluar dan terus menetak kedua warga emas itu.

Hasil siasatan awal juga turut mendapati suspek adalah seorang lelaki yang juga adik kandung mangsa.

Senjata yang digunakan dalam kes itu adalah sebilah parang yang ditemui di tepi jalan simpang tiga di Pekan Rasa berdekatan dengan perhentian bas. Pihak polis juga menemui tiga kesan cap jari pada permukaan parang itu.

Superintendan Arsad Kamaruddin, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor memberitahu bahawa suspek merupakan adik kandung mangsa. Pihak polis turut menemui sebilah parang yang digunakan di tepi jalan.

Mayat berhampiran kereta terhumban

Polis yang dimaklumkan orang awam ke lokasi kejadian dan menemui sebuah kenderaan yang separuh bahagian ditenggelami air dan pintu kereta bahagian pemandu terbuka.

Berhampiran kenderaan itu, turut ditemui jasad seorang lelaki yang terapung dan hasil siasatan lanjut, polis mendapati lelaki itu mempunyai kaitan dengan kes tetak pasangan suami isteri berkenaan.

Tambahnya lagi, beberapa jam kemudian pihak polis telah menerima maklumat mengenai penemuan sebuah kenderaan yang terjunam ke dalam sebuah lombong di Antara Gapi. Selain itu, pihak polis telah menemui mayat seorang lelaki yang terapung berhampiran dengan kenderaan tersebut. Hasil siasatan awal mendapati, mayat lelaki itu mempunyai kaitan dengan kes tetak pasangan suami isteri itu.

Mangsa dalam keadaan stabil

Motif kejadian tetak dikenal pasti kerana perebutan harta pusaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan manakala kes kematian masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Suami isteri itu juga masih berada di Hospital Selayang dan berada dalam keadaan stabil.

Pasangan warga emas itu berada dalam keadaan stabil telah menerima rawatan di Hospital Selayang. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan manakala kes kematian masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×