berita

Reen Rahim Sah Isteri Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Sedulang Barang Kemas

December 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Reen Rahim akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, pada majlis yang berlangsung di Boraombak Marina.

Artikel Berkaitan: Reen Rahim & Mr H Nikah Hujung Tahun, Dapat Tajaan 15 Juta Untuk Tiga Majlis

Sekali lafaz

Aktres berumur 34 tahun itu dinikahkan ayah pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya iaitu Hafizan Ibrahim pada pukul 9.05 malam dengan mas kahwin RM1,988 beserta sedulang barang kemas.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Pasangan sama cantik sama padan itu memakai busana serba putih pada hari penuh bermakna ini.

Majlis akad nikah itu dihadiri oleh kira-kira 400 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan media.

Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dengan mengadakan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.

Terdahulu, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.

SKIP THIS AD ×