Ketika seluruh dunia berperang melawan pandemik, ada segelintir manusia yang cuba mengambil kesempatan kononnya memperguna isu ini untuk kepentingan pihak tertentu. Seorang pengikut atheis bernama Djilou dari Algeria mencetus kemarahan dengan ‘mencipta’ surah baru.
Ditulis seorang atheis
Satu perenggan ditulis Djilou itu cuba mempermain dan mempersenda Quran selain disertakan dengan bacaan seakan bacaan kitab suci berkenaan. Djilou didakwa menerima ancaman bunuh seluruh dunia selain akaun Facebooknya telah digantung setelah menerima laporan pukal.
Seorang wanita Tunisia, Amna al Sharqy turut dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa negara itu kerana telah berkongsi surah berkenaan. Ujarnya, surah itu tidak mempermainkan Quran kerana tidak menyertakan apa-apa rujukan pada agama atau tuhan.
10 ayat cetus amarah
Antara lain, surah berkenaan memasukkan isu wabak itu yang berasal jauh dari China dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira status. Ayat berkenaan juga seakan memperli tindakan kuarantin dan saranan kerap basuh tangan selain menutup ayat dengan pujian kepada penulisnya.
Gesa netizen report akaun
Untuk mengelak salah faham dan konflik, netizen menyeru semua Muslim untuk melaporkan video berkenaan di Twitter dan Youtube supaya video tersebut digantung.
Kenapa perlu persenda kalau benci?
Sumber: Twitter