berita

Remaja 17 Tahun Temui Ajal Tertusuk Buluh Runcing Dipikul Naik Motor

February 22nd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Malang tidak berbau, siapa sangka niat mahu bersiar-siar menaiki motor keliling kampung berakhir dengan tragedi untuk seorang remaja di Machang, Kelantan.

Mohd Asri Azman berusia 17 tahun, maut selepas terkena buluh di bahagian leher kanan pada pagi Jumaat. Kejadian tersebut disaksikan di depan mata sepupunya, Mohd Fitri Rosdi yang menaiki sebuah motor lain.

Selisih pakcik bawa buluh

Menurut Mohd Fitri, sebelum kejadian itu dia mengambil Mohd Asri di rumahnya untuk menaiki motor sekitar kampung bersama seorang lagi sepupu yang menunggang motor lain.

Kami berada di bahagian hadapan, manakala seorang sepupu mengikuti di bahagian belakang. Ketika sampai di lokasi kejadian, saya melihat seorang pak cik menunggang motosikal jenis EX5 dari arah bertentangan membawa sebatang buluh yang diletakkan di atas bahu.

Kami cuba mengelak daripada terkena buluh itu, tetapi tidak sangka buluh berkenaan tercucuk di bahagian leher kanan sepupu.

Sepupu yang mengikut kami terus memberhentikan motosikal sebelum saya turut berhentikan motosikal kerana terkejut.

Ajar mengucap

Dalam keadaan terkejut dengan insiden berkenaan, Mohd Asri sempat mengajar sepupunya itu mengucap dua kali syahadah.

Saya sempat mengajar sepupu mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintenden Mohd Shamsuri Mohd Zain mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara cuai menyebabkan kematian.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×