berita

Remaja 18 Tahun Bakal Jadi Angkasawan Termuda Ke Angkasa Lepas

July 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang pelajar jurusan fizik dari Denmark iaitu Oliver Daemen curi tumpuan ramai apabila dia layak melakukan penjelajahan ke ruang angkasa lepas pada usia 18 tahun. Difahamkan, Oliver Daemen merupakan angkasawan termuda selepas seorang jutawan terpaksa menarik diri daripada melakukan penjelajahan sulung bersama Jeff Bezos ke ruang angkasa.

Bakal angkasawan termuda

Foto: The Sun

Menurut laporan Mirror, remaja itu merupakan anak lelaki kepada pengasas firma ekuiti swasta, Somerset Capital Partners iaitu Joes Daemen. Oliver Daeman bakal melakukan penjelajahan sulungnya ke ruang angkasa lepas bersama pengasas Amazon iaitu Mark Bezos dan perintis legenda aeroangkasa, Wally Funk pada minggu hadapan.

Bakal berlepas dengan New Shepard

Foto: Live Science

Mereka bakal berlepas menaiki sebuah roket bernama New Shepard yang merupakan keluaran daripada syarikat angkasa lepas Blue Origin. Roket New Shepard dijadualkan berlepas pada tarikh 20 Julai ini bersama tiga angkasawan termasuk Oliver Daeman. Malah, difahamkan pula Oliver Daeman merupakan pelanggan pertama yang membuat pembayaran untuk melakukan penerbangan di syarikat tersebut. Penerbangan sulung Oliver Daeman ini akan berlepas dari Van Horn, Texas bakal merekodkan sejarah sempena ulang tahun ke-52 pendaratan kapal angkasa Apollo 11 ke bulan.

Blue Origin hantar pelajar fizik ke angkasa

Video

Sumber: Mirror.co.uk

 

SKIP THIS AD ×