Insiden tembakan rambang yang berlaku di pusat membeli-belah Terminal 21 di Korat, Thailand telah meragut 29 nyawa dan 57 orang cedera. Suspek yang juga merupakan seorang askar Thailand iaitu Mejar Jakrappanth Thomma ditembak mati oleh pihak berkuasa di lokasi kejadian.
Berkemungkinan besar jumlah mangsa lebih ramai dalam insiden itu tetapi disebabkan beberapa orang ‘hero’ ini bertindak melindungi mangsa yang lain daripada ditembak suspek perlu dipuji. Mereka terpaksa gadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain.
Ditembak di dada
Pengorbanan seorang remaja bernama Athiwat Promsuk berusia 18 tahun mendapat perhatian ramai apabila tindakan dia melindungi 8 mangsa yang lain. Remaja lelaki ini bertindak menahan pintu dengan penyejuk daripada suspek memasuki bilik. Malangnya, remaja ini telah ditembak di bahagian dada dan disahkan mati di tempat kejadian. Mangsa lain yang berada di dalam bilik itu turut berterima kasih kepada Athiwat atas jasa baiknya itu.
Dia hero selamatkan 8 orang
Athiwat turut mengambil benda berat untuk menahan pintu daripada suspek masuk ke bilik berkenaan. Malah, dia turut menyerahkan T-shirt yang dipakainya itu kepada mangsa tercedera. Rakan sekelas Athiwat juga menyifatkan dia seorang yang suka membantu orang lain.
Dia hero yang telah menyelamatkan lapan orang. Kadang-kadang dia kena buli di sekolah tapi dia tidak pernah marah langsung.
Sementara itu, menurut salah seorang mangsa yang terperangkap di dalam bilik yang sama iaitu Umakorn berkata dia bersama Athiwat selepas remaja itu ditembak di bahagian dada. Malangnya, sekitar jam 8 malam waktu hari kejadian itu mangsa Athiwat sudah tidak bernyawa lagi. Setelah menyedari Athiwat tidak bernyawa lagi, Umakorn berlutut dan menangis kerana hero yang berjasa ini terkorban setelah menyelamatkan mereka.
Sumber: Bangkok Post, SAYS, Al Jazeera