Di Thailand, seorang remaja lelaki yang berusia 18 tahun, bertindak membunuh Fluck, 14. Tindakannya itu mendapat kecaman warganet apabila dia berkelakuan seperti bangga diri kerana terlepas dari pertuduhan mahkamah.
Bebas pertuduhan kerana kaya
Menerusi laporan The Thaiger, suspek bersama satu lagi rakannya ke rumah mangsa untuk bercakap tetapi mangsa enggan keluar dari rumah. Tindakannya itu membuatkan suspek berang lalu memasuki rumah mangsa dan memukulnya di kepala dengan menggunakan wayar elektrik yang putus. Kejadian berlaku pada 12:20 tengah hari di kampung Saen Sook, daerah Meung.
Suspek ada datang melawat ke rumah bersama satu lagi rakan tetapi Fluck tidak mahu keluar dari rumah. Segala kejadian bermula dari situ. Kami cuba untuk meleraikan pergaduhan itu, namun mangsa jatuh ke lantai dan diserang sawan.
Susulan daripada itu, mangsa segera dihantar ke hospital untuk mendapatkawan rawatan namun, mangsa meninggal dunia selepas empat hari dirawat. Pihak hospital mengesahkan punca kematian si mangsa sebagai pendarahan subdural akut.
Walau bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 20,000 baht (RM2,548). Apa yang membuatkan netizen lebih marah adalah apabila suspek yang memuat naik gambar dan video menghadiri sebuah parti di medial sosial selepas diikat jamin.
Rentetan itu, keluarga suspek menafikan mereka menyelamatkan anaknya dan turut tidak mengaku suspek memuat naik gambar dan video sebegitu di media sosial. Suspek tidak didakwa mengikut undang-undang dan kekal bebas atas segala pertuduhan.
Sumber: The Thaiger