Sekadar gambar hiasan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut didakwa akibat keracunan makanan dalam satu kejadian di Gombak, pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Budak 4 Tahun Dipaksa Makan Cili Sampai Mati, Bapa Dipenjara 8 Bulan
Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Meninggal Dunia Lepas Makan Sandwich Beli Di R&R
‘Isteri membawa pulang mihun dan telur mata’
Sekadar gambar hiasan
Menurut bapa mangsa iaitu Kamal memberitahu bahawa mereka sekeluarga telah menikmati mihun dan telur mata yang dibawa pulang oleh isterinya.
Isteri membawa pulang mihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin dan dimakan kami lima beranak.
Tambah Kamal lagi, hanya dirinya, isteri dan anak lelaki (mangsa) yang menjamah telur mata sebelum mereka akhirnya mengalami sakit perut. Difahamkan, dua lagi anak perempuannya hanya makan mihun.
Ujar Kamal lagi, anak lelakinya itu telah menikmati tiga biji telur mata.
Hari ini (semalam) saya ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah.
Saya difahamkan makanan itu disediakan pihak luar yang ditempah oleh penganjur program terbabit.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) iaitu Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Seramai 33 guru yang juga urus setia terbabit dan dakwaan membabitkan dua kematian membabitkan pihak ketiga (orang luar).
Menurut sumber, Jais masih menunggu laporan untuk mengesahkan kes kematian tersebut dan kenyataan berhubung kejadian akan dikeluarkan pihak polis kelak.
Sumber: Harian Metro