berita

Wanita Dirogol Dua Remaja Bergilir-Gilir, Mulut Ditutup Apabila Merayu Jangan Dirakam

October 24th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita dirogol oleh dua orang remaja di rumah flatnya sendiri.

Artikel Berkaitan: Alasan Nak Buang ‘Pendamping’, Bomoh Rogol Gadis 16 Tahun Empat Kali

Artikel Berkaitan: Hantar Barang Order Dekat Rumah, Abang Kurier Rogol Budak Sekolah 15 Kali

Bergilir-gilir

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Mirror UK, wanita tersebut bersungguh-sungguh merayu kepada dua remaja tersebut supaya berhenti merogolnya dan merakam aksi keji itu.

Mangsa disuruh untuk “diam” apabila salah seorang suspek meletakkan tangannya di mulut mangsa supaya diam.

Frantisek Bunda dan Mario Zupko bergilir-gilir melakukan perbuatan keji tersebut selama 20 minit.

Mereka tiba di flatnya sebelum 4.30 pagi. Zupko telah menolaknya dan mula menciumnya dengan kuat dan kemudian Bunda, menolak Zupko dan menciumnya juga.

Mereka mengikutnya ke bilik dan dipaksa kembali ke atas katil dengan pakaian serta seluar dalamnya ditanggalkan. Mangsa menyuruh suspek berhenti tetapi salah seorang daripada mereka meletakkan tangannya di atas mulutnya dan mangsa disuruh diamkan diri.

Selepas kejadian ngeri itu, mangsa bergegas ke rumah jiran di Normanton, Derby, untuk menghubungi polis. Pihak polis telah menahan kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 17 tahun yang ketika itu mereka berada di luar rumah.

Disebabkan perkara itu, Mahkamah Derby Crown, Hakim Shaun Smith KC membuat keputusan untuk menghantar Bunda ke institusi pesalah muda selama empat tahun dan Zupko selama empat tahun setengah.

Selain itu juga, Hakim Smith meletakkan kedua-dua remaja itu sebagai pesalah seks seumur hidup.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×