Gambar sekadar hiasan
Seorang kaunselor laktasi (penyusuan susu ibu) mendedahkan bahawa dia ada menerima panggilan video dan mesej berbentuk serangan seksual.
Artikel Berkaitan: Sembang ‘Tak Panc** Dalam’ Dengan Kawan Perempuan, Suami Kata Itu Perkara Normal
Artikel Berkaitan: WhatsApp Suruh Jawab Kaji Selidik Berbaur Lucah, Pelajar Trauma Pensyarah Call Sambil Ajak Beronani
Dipercayai dilakukan oleh remaja
Menerusi ciapan di Twitter, kaunselor tersebut berkata dia dan rakannya yang juga merupakan kaunselor laktasi turut menerima panggilan video yang menghairahkan dipercayai daripada remaja lelaki.
Budak sangap yang selalu kacau mak orang (aku dan kawan aku yang kaunselor penyusuan) dengan suara ghairah dan buat video onani.
Bagaimanapun, sebagai kaunselor laktasi bertauliah mereka perlu menjawab panggilan telefon walaupun daripada individu yang tidak dikenali kerana berkemungkinan ia adalah panggilan penting daripada ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka.
Namun, remaja yang tidak bermoral itu menggunakan kesempatan tersebut untuk melampiaskan nafsunya.
Kami kadang-kadang angkat ingat ada panggilan penting daripada ibu menyusu yang mahu minta pertolongan. Buka-buka, panggilan video kau tengah buat onani. Melampau kau adik!
Dia juga meminta pandangan daripada pengikutnya di Twitter tentang tindakan yang perlu diambil berhubungan kelakuan melampau remaja tersebut.
Mereka ini sudah terlalu berani. Apa nasihat yang perlu saya buat? Kebanyakkan mereka adalah budak sekolah. Buat laporan polis terus ke?
‘Report terus..’
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menasihati kaunselor tersebut supaya mengambil tindakan dengan membuat laporan terhadap remaja berkenaan kerana ia merupakan satu bentuk serangan seksual dan bagi mengelakkan lebih ramai mangsa menerima panggilan video yang sama.
Sumber: Twitter