Seorang remaja lelaki di Sri Lanka bertindak memasukkan kabel elektrik dalam zakarnya sehingga terpaksa melakukan pembedahan.
Artikel Berkaitan:Potong Zakar Suami Sendiri, Wanita Dituntut Bayar Ganti Rugi Lebih RM166k
Sakit membuang air kecil
Memetik laporan Health Detik, remaja lelaki yang berusia 17 tahun itu mempunyai keinginan yang pelik di mana dia memasukkan wayar ke dalam zakarnya untuk mencapai kepuasan seksual.
Keadaan ini menyebabkan remaja tersebut mengalami kesakitan melampau sewaktu kencing akibat memasukkan wayar berkenaan terlalu dalam.
Selepas menahan kesakitan selama sembilan hari, remaja itu pergi ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.
Doktor akhirnya terpaksa membuang wayar itu melalui proses pembedahan kerana terlalu dalam sehingga ke pundi kencing.
Remaja itu mendedahkan bahawa dia kerap beronani menggunakan wayar sejak dua tahun lalu, pesakit ketagihan onani selepas mengakui melakukannya kira-kira tiga kali sehari.
Sumber: Health Detik