berita

Remaja Lelaki Termasuk ‘Perangkap’, Nyaris Dirogol Kaum Sejenis

September 2nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Seorang remaja lelaki berusia 23 tahun berdepan detik cemas apabila termasuk ‘perangkap’ seorang lelaki disyaki gila seks. Insiden itu dilaporkan berlaku di Batu 4, Gombak apabila mangsa didatangi jiran memberitahu ada seorang lelaki ingin bertemu dengannya. Mangsa berjalan ke lokasi kejadian sendirian dan secara tiba-tiba…

Menendang kemaluan

Sumber foto: Google

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju iaitu Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan mangsa pergi ke arah sebuah kenderaan yang dimaklumkan jiran tadi. Secara tiba-tiba dia ditarik ke dalam kenderaan tersebut.

Suspek bertindak membuka seluar sebaik saja menarik mangsa ke dalam kenderaan tersebut. Akibat cemas dan terkejut, dia bertindak menendang kemaluan suspek sebelum melarikan diri.

Dia cuba menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang menyedarinya sebelum suspek bertindak membuka seluar. Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa terus menendang kemaluannya dan melarikan diri.

Dicekik dan ditumbuk

Sumber foto: Google

Suspek berang dan mengejar mangsa sebelum bertindak menarik rambut serta menghempas kepala ke dinding rumah berhampiran.

Malah mangsa yang terbaring turut dicekik dan ditumbuk di hidung sehingga berdarah. Suspek kemudian bertindak melarikan diri selepas kejadian itu disedari jiran. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×