Seorang remaja berusia 18 tahun mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol gadis bawah umur pada Julai lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Bapa Tiri Paksa Anak Buat Seks Oral – ‘Dia Kata Sebagai Balas Jasa Selalu Bawa Jalan-Jalan & Bagi Duit’
Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Hamil 8 Bulan Dirogol Abang Ipar Lepas Balik Sekolah, Dibayar RM5 Supaya ‘Kunci Mulut’
Remaja rogol kawan
Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 16 tahun di sebuah bilik hotel di Ipoh pada 12 tengah malam, 1.30 pagi dan 5.30 pagi pada 31 Julai 2024.
Susulan daripada kesalahan tersebut, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 37 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen perubatan akan berlangsung pada 8 Oktober.
Terdahulu, Ketua Polis Perak iaitu Datuk Azizi Mat Aris memaklumkan tertuduh ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa.
Sumber: Sinar Harian