Di India, seorang remaja berusia 19 tahun mengalami detik paling mengerikan dalam hidupnya selepas dirinya dirogol malah turut diserang secara seksual oleh seorang individu yang dikenalinya.
Menerusi laporan The New Indian Express, dalam kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu, mangsa telah dirogol selain batang besi turut disumbatkan ke dalam alat sulitnya.
Dicekik sampai pengsan
Menurut laporan media tempatan itu, mangsa pada awalnya telah dicekik sehingga pengsan oleh suspek, Yogilal Rahangdale yang berusia 52 tahun sebelum bertindak merogol dan menyerang mangsa secara seksual di Pardi, Gujarat.
Kata laporan itu, suspek yang juga merupakan penyelia mangsa melakukan kegiatan jenayah itu ketika mangsa tinggal berseorangan di rumah sewanya.
Inspektor Sunil Chavan daripada balai polis Pardi berkata, ketika itu, abang mangsa dan seorang lagi kenalan perempuan yang tinggal serumah dengannya tidak berada di rumah kerana pulang ke kampung atas urusan kerja.
Mulut disumbat kain
Menjelaskan tentang kejadian itu, Sunil berkata terdahulu mulut mangsa juga telah disumbat dengan cebisan kain oleh suspek selepas cuba melawan.
Mangsa kemudiannya tidak sedarkan diri dan suspek seterusnya bertindak merogol mangsa dan menyumbat batang besi ke dalam bahagian alat sulit.
Susulan daripada kejadian itu, mangsa menceritakan perkara tersebut kepada abangnya sebelum membuat laporan polis tiga hari kemudian.
Sumber: The New Indian Expres, Hindustan Times