berita

Remaja Sabah Nyanyi Lagu Sendiri, Makin Popular?

September 26th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-09-25 at 18.59.38

Baru-baru ini ramai yang bagaikan terpukau mendengar lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang dendangan penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar.

Namun beberapa hari lepas, muncul pula sebuah video baru yang menunjukkan dua orang remaja lelaki dipercayai berasal dari Keningau, Sabah sedang asyik bermain gitar dan menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri.

Video berdurasi 4:26 saat itu telah menjadi bahan perbualan hangat di Facebook dan sudah dikongsikan oleh lebih 2000 pengguna laman sosial tersebut.

Screen Shot 2013-09-25 at 17.15.38

Kebanyakan mereka yang telah menonton video itu memuji kehebatan petikan gitar dan nyanyian Aeron feat Ganak Atmosfera menerusi lagu ‘catchy’ dipercayai berjudul Si Kecik Yang Aku Cintai.

Timbul pula usikan yang mengatakan lagu mereka ini mampu menenggelamkan populariti lagu Tegar yang semakin kerap diputar oleh radio-radio tempatan.

Apa pula kata anda? Jom tonton video di bawah dan dengarkan keunikan lagu dan kombinasi suara dua orang remaja ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×