berita

Remaja Sebabkan Kematian 23 Pelajar Tahfiz Fail Rayuan

August 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pada tahun 2017, satu kebakaran besar meragut 23 nyawa penghuni dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah undang sebak ramai netizen. Tragedi itu menyebabkan seorang remaja berusia 19 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Artikel Berkaitan :  ‘Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Mohon Maaf’ – Peguam Remaja Bakar Tahfiz

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, remaja bakar tahfiz tersebut menfailkan rayuan dan tidak mengaku bersalah.

Failkan rayuan

Menurut peguamnya, Haijan Omar ketika dihubungi, satu notis rayuan difailkan terhadap perintah Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos itu menerusi sistem e-filing sehari selepas mahkamah membuat keputusan.

Kami memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman.

Menurut Hakim Datuk Azman Abdullah, mensabitkan remaja itu dengan pertuduhan dikenakan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap 23 tuduhan membunuh dihadapi remaja itu.

Didakwa 23 pertuduhan

Menurut Azman, remaja itu seorang juvana (berumur 16 tahun) semasa kesalahan itu dilakukan beliau menggunakan Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dalam menjatuhkan hukuman terhadapnya. Pada 14 September 2017 jam di antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.

Sumber :  Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×