berita

Remy Ishak Tak Mahu Kahwini Rita Rudaini

October 31st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

remyrita

Ingat lagi tak artikel kami beberapa hari lepas? Alaa, yang peminat mendoakan Rita Rudaini ada jodoh dengan Remy Ishak tu.

Artikel Berkaitan : Rita Rudaini Secocok Kahwin Dengan Remy Ishak?

Tiba-tiba kami mendapat kiriman emel yang secara terang lagi bersuluh menunjukkan maklum balas Remy Ishak mengenai perkara berkenaan.

Fuh! Kalau korang baca, memang tajam dan menikam kalbu betul apa yang dikatakan oleh si kacak ini!

Screen Shot 2014-10-30 at 4.46.28 PM

Mana taknya, Remy Ishak secara terang-terangan mengkritik sikap Rita dan perceraiannya dengan Aidil Zafuan. Siap cakap Rita tak move on lagi! Panass…panasss!

Tapi, korang jangan cepat salahkan mana-mana pihak. Remy sudah pun membuat penjelasan melalui akaun Twitter bahawa dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Malah, kata Remy, akaun tersebut merupakan akaun palsu kerana dia sendiri tidak mempunyai Facebook.

Screen Shot 2014-10-30 at 4.45.54 PM

Alahai keyboard warrior, kenapa sampai begini sekali memburukkan nama Remy Ishak dan Rita? Nanti disebabkan individu berkenaan habis hubungan baik mereka musnah.

Bagaimanapun, kami yakin Rita dan Remy tak ambil hati dengan perkara ini. Adatlah jadi selebriti, sekali-sekala pasti terpalit kontroversi.

SKIP THIS AD ×