berita

Rendah Diri & Prihatin Terhadap Rakyat, Agong Santai Naik Motor Ziarah Mangsa Banjir

January 8th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Beberapa negeri di Semenanjung Malaysia ketika ini sedang berhadapan dengan situasi banjir besar susulan dari monsun timur laut. Antara negeri yang teruk terjejas adalah Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Perak dan Selangor. 

Artikel berkaitan: Agong Pandu Kereta Redah Banjir, Lawat Mangsa Banjir Di Pahang

Baru-baru ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bekenan mengadakan lawatan yang mengejut ke kawasan banjir iaitu daerah Maran, Pahang bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran.

Foto: Info Roadblock JPJ/POLIS

Terbaru, tular di media sosial video yang dimuat naik oleh Info Roadblock JPJ/POLIS, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan membonceng di belakang motosikal bersama penduduk kampung di Kampung Binjai, Lipis dalam ziarah Baginda Tuanku ke daerah itu.

Video yang berdurasi 1 minit 32 saat itu menunjukkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyantuni sebuah keluarga dan sambil memantau penduduk di kampung tersebut untuk melihat rakyat-rakyat Pahang yang menjadi mangsa banjir.

Sehubungan dengan itu, baginda turut menghulurkan bantuan terhadap keluarga itu dan mangsa-mangsa banjir yang lain di pusat pemindahan sementara (PPS).

Daulat Tuanku!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat terharu dengan Tuanku Agong kerana bersifat rendah diri dan prihatin terhadap rakyat. Ramai juga yang membanjiri ruangan komen itu dengan memanjatkan doa kepada Tuanku Agong agar dipermudahkan segala urusan dan semoga Allah melindungi baginda.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS.

SKIP THIS AD ×