berita

Rentas Negeri Ke Pulau Perhentian, Usahawan Muda Ditemui Mati Lemas Ketika Menyelam

July 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang usahawan muda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ditemui mati dipercayai akibat lemas semasa melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Perhentian, Terengganu. Difahamkan, mangsa bersama empat orang lagi rakannya dikatakan pergi ke Terengganu tanpa kebenaran merentas negeri.

Rentas negeri tanpa kebenaran

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, mayat mangsa yang dikenali dengan nama Mohamad Abbas Shabki berusia 22 tahun itu ditemui terapung sewaktu menjalani kursus selaman di Tokong Laut Pulau Perhentian. Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad, pihak mereka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah melakukan aktiviti penyelaman di kawasan Tokong Laut Pulau Perhentian. Mayat mangsa telah ditemui terapung kira-kira 50 minit kemudian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat. Sementara itu, menurut Pengarah Maritim Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob, mangsa bersama rakan-rakannya itu dikatakan mengunjungi pulau peranginan itu tanpa kebenaran merentas negeri.

Rakan-rakan mangsa mendakwa mereka ke pulau peranginan terkenal itu untuk membekalkan makanan.

Berikutan daripada itu, pihak polis telah mengambil tindakan lanjut terhadap mereka dan pengusaha resort atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×