berita

Rentas Negeri, Kenduri Tahlil Antara Punca Kes Meningkat Di Terengganu

March 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pengarah Kesihatan Negeri iaitu Dr Nor Azimi Yunus melaporkan terdapat satu kes yang melibatkan sebuah keluarga mengadakan majlis kenduri tahlil adalah satu salah punca bilangan kes Covid-19 meningkat di Terengganu. Memetik laporan, Harian Metro, difahamkan kes tersebut membabitkan beberapa buah keluarga yang pulang ke Terengganu dan masing-masing dari Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

15 orang disahkan positif

Foto sekadar hiasan

Kesemua keluarga ini pulang ke Terengganu bagi menghadiri kendurii tahlil dan menziarahi datuk mereka yang meninggal dunia. Malah, keluarga tersebut didakwa berkumpul beramai-ramai tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mana dimaklumkan kerajaan.

Apabila ada kematian, kebiasaannya akan ada majlis kenduri tahlil. Bilangan ahli keluarga yang terbabit sekitar 45 orang. Akhirnya, 15 daripada mereka disahkan positif Covid-19.

Dalam keluarga ini ada individu bergejala yang turut serta. Ini menyebabkan jangkitan sangat tinggi. Sepatutnya apabila sudah tahu diri bergejala, tangguhkan dulu perjalanan rentas negeri atau patuhi SOP sepenuhnya untuk mengelakkan jangkitan seperti ini.

Elak berkumpul ramai-ramai

Foto sekadar hiasan

Terkini, jumlah kes positif Covid-19 di negeri Terengganu mencatatkan sebanyak 22 kes baharu dan menjadikan jumlah aktif 110 kes di negeri itu. Sementara itu, Dr Nor Azimi Yunus memaklumkan kes sedemikian pernah berlaku di Besut sebelum ini di mana ahli keluarga rentas negeri dan berkumpul beramai-ramai menyebabkan pertambahan kes Covid-19.

Beberapa keluarga dari Kuantan, Pahang dan Johor balik menziarahi nenek mereka yang berumur 100 tahun dan sakit tua. Akhirnya, lima ahli keluarga dijangkiti Covid-19 termasuk nenek yang akhirnya meninggal dunia.

Ada juga kisah jiran disahkan positif Covid-19 hanya kerana menziarahi keluarga arwah. Oleh itu, ambillah iktibar dari kisah ini. Elak berkumpul sekeluarga beramai-ramai kecuali kita boleh sahkan tiada pembawa Covid-19 dalam keluarga kita.

Kita tidak pernah kata tidak boleh balik untuk ziarah ahli keluarga yang meninggal atau atas sebab yang lain. Tapi baliklah dengan berhati-hati dan patuh SOP sepenuhnya. Jika tidak mampu hendak patuh, elak itu lebih baik.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×