berita

Rentung Habis! 53 Motosikal Di Kawasan Parking Rumah PPR Hangus Dijilat Api

July 6th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Malang tidak berbau, begitulah perumpamaan yang sesuai bagi situasi sebahagian penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Kuala Lumpur apabila motosikal dan kenderaan mereka hangus terbakar. Menerusi laporan Harian Metro, sebanyak 53 buah motosikal dan 8 buah kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di situ telah musnah ekoran kebakaran.

53 motosikal hangus terbakar

Seramai 24 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Gombak Selatan dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dalam kebakaran itu yang membabitkan 53 motosikal serta lapan kereta diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di perumahan berkenaan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5 pagi. Sebaik sahaja pihaknya tiba, api sudah marak dan sebilangan motosikal dan kereta yang parkir di situ tidak dapat diselamatkan.

Punca kebarakan masih dalam siasatan

Kebakaran itu berjaya dikawal oleh anggota bomba bertugas jam 5.25 pagi dan padam sepenuhnya jam 5.47 pagi.

Kejadian ini tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tambahnya lagi, motosikal yang terbakar hampir 100 peratus musnah manakala 8 buah kereta yang terlibat mengalami kerosakan dari 60 hingga 80 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan. Namun dia bersyukur kerana kejadian itu tidak meragut nyawa orang awam.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×