berita

Resepi Air Katira Versi Jimat & Cepat Untuk Berbuka Puasa, Serius Sedap!

May 10th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Sebelum ini, pasti korang akan melihat pelbagai pilihan air dari bermacam warna dan perasa ada dijual di bazar Ramadan. Memang tak sah kalau tak singgah beli. Selain daripada air lemon pudina dan laici asam boi yang sentiasa menjadi pilihan di bulan puasa, air katira pun boleh buat kecur air liur!

Menerusi Facebook Hairul Nizam Ijam, lelaki tersebut berkongsi resepi air katira versi jimat dan cepat. Confirm sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Pewarna minuman berperisa tebu (brand Double Lion)
  • Susu pekat manis
  • Chia seed / Biji Selasih
  • Cincau (Sukatan ikut suka sesedap mata dan rasa)

* Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti air tu? Ya sahabat semua, tak rasa tebu pun. Tapi rasa macam air katira sebenarnya.

Cara-cara penyediaan

1. Mula-mula, masukkan perasa tebu ikut banyak mana bancuhan kita.

2. Seterusnya masukkan cincau. Sebenarnya saya cari cincau asli di kedai tapi tak ada stok, semuanya habis. Jadi, saya guna cincau dalam tin saja. Saya tapiskan cincaunya.

3. Tambahkan Chia Seed. Kalau ada biji selasih, boleh gunakan juga.

4. Akhir sekali, masukkan susu pekat manis sesedap rasa.

5. Masukkanlah air kosong dan ais buat penyejuk tekak.

Dah siap!

Nota: Boleh tambah bahan lain ikut kreativiti. Resepi ini memang ekspres dan simple saja. Boleh berjimat dan buat banyak-banyak bagi satu keluarga minum. Kalau ada yang cukup bahan macam yang digunakan dalam resepi air katira asli, bolehlah ditambahkan ke dalamnya. Kalau tak ada, pakai apa yang ada sajalah. Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga.

Sumber: Hairul Nizam Ijam

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×