Bila tiba saja bulan Ramadan pasti para ibu pening fikirkan juadah untuk disajikan kepada keluarga dan tetamu yang datang ke rumah. Kadang-kadang sudah jemu makan masakan Melayu. Apa kata jadikan masakan Thailand seperti dikongsi Aien Weyl yang mengiurkan ini sebagai juadah berbuka puasa pula. Makan ketika sahur pun boleh.
Ayam masak Thai
Bahan A (wajib)
10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Minyak
Sedikit air
Bahan B (kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api
Cara memasak
Tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut dan tumis sampai garing.
Kemudian, masukkan Bahan B (kisar) gaul hingga sebati. Masukkan sos tiram, sos cili dan air. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Secubit garam untuk rasa secukupnya.
Hasilnya…
Beginilah hasil masakan Ayam Masak Thai yang mengiurkan. Rasanya memang sedap bercampur rasa pedas original Thai dan sangat sesuai dinikmati semasa waktu berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!
Sumber: Aien Weyl