Dimsum merupakan makanan dan menu tradisional Cina. Secara lazimnya, dimsum ini dihidangkan pada waktu pagi hingga ke tengah hari.
Kadang-kadang sudah nak dapat dimsum yang halal. Harga dimsum di pasaran pun mahal juga. Jadi, apa kata buat saja dimsum homemade saja, boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan nikmati bersama keluarga.
Bahan mudah untuk inti
Bagi membuat inti dimsum ini, anda perlu cincang isi ayam atau udang dan boleh juga sekiranya nak campur, kemudia masukan lobak merah, serbuk lada hitam, sikit garam dan tepung jagung. Kemudian, gaul kesemua bahan tersebut.
Langkah buat doh dimsum
Gaul smpai jadi macam ini tapi ini kurang tepung sebab tepung jagung habis. Jangan lembik macam ini sangat. Takut nanti makan rasa ayam je. Tambahkan tepung jagung sedikit untuk sebati dan tidak terlalu lembik.
Cara buat kulit dimsum
Bagi membuat kulit dimsum. 2 cawan tepung gandum diperlukan, 1 cawan tepung ubi, sedikit garam, minyak masak 1 sudu setengah, pewarna kalau nak warna kulitnya. Kemudian gaul dengan air panas sampai menjadi doh.
Kepingan boh yang dah siap
Kukus dimsum
Masukkan inti dalam tu kemudian lipat macam mana pun. Sorry, masukkan inti itu lupa snap gambar. Sudah siap ready untuk kukus.
Kalau nak bekukan, kukus saja macam biasa lepas itu masuk dalam peti letak tempat ais. Sekiranya mahu makan, kukus semula untuk panaskan dimsum.
Sumber: Syahiran Asri