berita

Resepi Mudah Pearl Bubble Homemade Yang Sedap, Lega Seharian Berpuasa Kalau Dapat!

May 7th, 2019 | by Shafika
MyResipi

Sejak kebelakangan ini, minuman bubble tea menjadi kegemaran ramai orang sehingga kiosk menjual minuman ini menjadi tumpuan. Malah, ada yang terpaksa beratur untuk mendapatkan bubble tea ini.

Kali ini kami nak kongsikan resepi homemade pearl mudah dari Nurul Atikah Mustafa. Alahai senangnya, bolehlah makan pearl hari hari. Paling penting dijamin bersih dan jimat masa.

Ala-ala Chatime & Tealive

Nak share black pearls/ bubble pearls yg saya buat berbuka semalam. Resepi dari sini & olahan sikit dari ig. Simple je resepi ni. Boleh buat sesambil tengok jejak rasul hehe! Sedap minum dengan teh ais. Ala-ala beli chatime & tealive gitu hehe! Boleh jugak kalau buat ngan air kopi ais. Lega tekak seharian berpuasa. Best boleh kunyah2 siap hehe.

Bahan-bahannya


Bahan- bahan :

– 1 cawan tepung ubi
– 1/2 cawan air panas (untuk uli doh)
– Pewarna hitam (pewarna biru+merah+hijau. ada je jual pewarna hitam kat bakery tu)
*sukatan agak2 la ye
– Secubit garam halus
– 4 cawan air
– 1 cawan gula perang

Cara-caranya

1. Tepung ubi buh garam. Gaul rata. Masukkan air panas sikit sikit sambil uli sampai doh tak melekat kat tangan.

2. Kacau dengan sudu lah sebab panas. Masukkan pewarna dan uli lagi. Kalau kering sangat doh tu buh la air sikit lagi.

3. Bentukkan doh tadi bulat kecik ya! Nak senang gentel pepanjang pastu potong pakai pisau dan gentel lagi bulat-bulat.
Masukkan 4 cawan air + gula perang dalam periuk/pan. Biar mendidih api sederhana.

4. Masukkan hasil doh yang bulat kecik tu ke dalam air gula yang mendidih tadi. Kecik je tau api. Masak dalam 30 – 40 minit or sampai likat air gula tu. Kalau masak sekejap nanti liat plak black pearls tu.

5. Dah siap simpan dalam bekas lain sekali ngan air gula tu. Simpan peti lah boleh cedok je tiapkali nak. Hidanglah dengan minuman kegemaran korang macam teh ais ke. Fuhhh nikmat!

Sumber : Nurul Atikah Mustafa

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×