berita

Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese, Gebu & Menyelerakan

March 16th, 2020 | by Amirul Asraf
MyResipi

Buat pembaca OHBULAN! Kali ini kami akan berkongsi satu resepi kuih tradisional yang rasanya sudah dimodenkan iaitu puteri ayu. Jika sebelum ini puteri ayu disediakan tanpa topping malah dimakan dengan kelapa parut sahaja. Kini, sebahagian doh kuih tersebut menggunakan adunan cheese dan coklat sebagai kelainan buat korang yang meminati kuih tradisonal itu.

Bahan-bahan yang diperlukan

Resepi adunan cheese

250 gm cream cheese
20 gm tepung gandum
80 gm gula kastor
25 ml susu cair
1 biji telur ayam

Putar dulu cream cheese dengan gula, telur, susu cair pastu masuk tepung pukul sampai sebati dan licin tiada ketulan. Pastu boleh letak dalam acuan, kukus 2 minit. Sebelum tu, sapu acuan dengan minyak sikit ye.

Resepi coklat

1 cawan minyak (minyak jagung/minyak masak)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
10 sudu besar gula(yg ni dah nice bagi Izu kalu korang nk manis lagi, boleh tambah jd 12 sudu)
3 biji telur ayam Gred A

Masuk saja semua bahan dalam blender dan blend sebati lebih kurang 5 minit ya

Cara-cara penyediaan

Ayak bahan ni sekali:

1 1/4 cawan tepung gandum(nak guna tepung kek boleh tp takyah letak soda n baking dah)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam halus

Lepas tu masukkan adunan yang blend tadi dalam bekas besar, masukkn tepung sikit demi sikit, kaup balik sampai sebati. Tapis adunan untuk elak ade yang berketul. Biarkan kejap. Lepastu boleh tuang atas cheese yang dah kukus tadi. Kukus balik dalam 7 minit/sehingga masak. Guna api sederhana ya. Selamat mencuba!

Sumber: Masak Apa Hari Ni – MAHN RASMI

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×