berita

Resepi Sosej Telur Yang Mudah Dibuat, Yang Penting Anak Pasti Suka!

January 21st, 2019 | by Shafika
MyResipi

Sudah bosan masak nasi goreng untuk bekalan anak-anak ke sekolah? Apa kata anda cuba resepi mudah ini. Hanya menggunakan beberapa bahan, sosej telur ini siap dihidang. Paling penting sungguh berkhasiat lengkap dengan nutrisi. Jom cuba!

Bahan-bahan

Bahan bahan

  • 7 batang sosej
  • 1 batang lobak merah
  • 5 batang kacang buncis
  • 2 batang daun bawang
  • 3 biji telur
  • Garam yang cukup, serbuk lada dan rasa
  • 7 keping ais plastik
  • Gelang getah

Sediakan bahan-bahannya

Siapkan semua bahan. Potong kecil-kecil lobak, kacang buncis dan daun bawang. Cuci bersih sosej dan telur

Masukkan bahan ke dalam plastik

  1. Pukul telur, garam, serbuk lada hitam dan penyedap rasa dalam gelas ukur agar mudah untuk memasukkannya dalam plastik ya. Campur jadi lobak merah, kacang buncis dan daun bawang. Masukkan sosej kedalam plastik.
  2. Masukkan sayuran ke dalam plastik yang berisi sosej.
  3. Tuang telur sampai sosej terendam. Ikat dengan gelang getah.

Masak 10-15 minit

  1. Masukkan dalam periuk berisi air, pastikan semua bagian terendam air ya
  2. Masak sampai mendidih dan tunggu sehingga 10-15 minit sambil dikacau
  3. Angkat tunggu sejuk lalu buang plastiknya

Goreng sosej

  1. Goreng dengan marjerin diatas non-stick pan. Jangan pakai minyak ya!
  2. Jika sudah masak, cucuk sosej dengan pencucuk sate dan sajikan dengan sos tomato dan mayonis
  3. Boleh juga dibuat bekal

Sumber : Via Lee